Selasa, 24 Desember 2013

Lahad Datu Pakatan mahu k’jaan segera adakan sidang khas Parlimen

(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 4 MAC: Pakatan Rakyat menuntut agar pimpinan kerajaan mengadakan segera satu sidang khas Parlimen berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang khas itu perlu bagi memberi penjelasan khusus kepada semua pemimpin negara berhubung insiden yang membimbangkan semua rakyat Malaysia ketika ini.

“Jangan jadikan isu ini sebagai medan tuduh-menuduh. Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan mengadakan sidang Parlimen khas dalam kadar segera bagi menjelaskan kepada semua dengan lanjut berhubung insiden di Sabah,” kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.
(Laporan menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar