Jumat, 27 Desember 2013

MAS Tawar Diskaun Tambang Sehingga 50


KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) menawarkan tambang menarik melalui program Jualan Hujung Tahun (YES) dari 25 November hingga 2 Disember ini.

MAS dalam satu kenyataan memberitahu, tawaran tersebut adalah bagi penerbangan bermula 28 November 2013 hingga 30 Jun 2014.

“Ini merupakan peluang kepada pelancong membuat rancangan awal untuk percutian 2014 kerana program YES menawarkan diskaun sehingga 50 peratus tambang kelas ekonomi berdasarkan harga tambang semasa untuk pelbagai perjalanan domestik dan antarabangsa.

“Begitu juga dengan tambang kelas perniagaan akan diberi diskaun sehingga 60 peratus bagi penerbangan domestik dan antarabangsa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tawaran iitu meliputi tambang dari Malaysia ke pelbagai destinasi MAS di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatan, Timur Tengah, Australia, Amerika Utara dan Eropah.

Tawaran tambang diskaun melalui program YES itu boleh diperoleh melalui laman web www.malaysiaairlines.com, pejabat tiket MAS, ejen yang dilantik atau menghubungi talian 1-300 -88-3000.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar