Minggu, 29 Desember 2013
Pusat Permainan Komputer Pertama Di M’sia
KUALA LUMPUR – WeChat, aplikasi komunikasi sosial mudah alih di bawah Tencent International Business Group, menjangka melancarkan pusat permainan komputernya yang pertama di Malaysia atas platform WeChat menjelang akhir tahun.
Naib Presiden Poshu Yeung berkata pusat permainan komputer akan membolehkan pengguna untuk mencabar rakan mereka dalam permainan itu di mana sahaja mereka berada.
“Dengan ciri yang dinanti-nantikan ini, pengguna boleh mendapat akses kepada permainan ini dengan mudah, berkongsi markah dan bermain dalam talian dengan rakan mereka.
“Ini meningkatkan interaksi antara pengguna WeChat dan juga memberikan platform baharu untuk menarik pengguna,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Yeung berkata dalam versi 5.0.3 yang baru dilancarkan, WeChat mengintegrasikan perkhidmatan storan berasaskan awan, membolehkan pengguna WeChat menyimpan perbualan mereka di dalam sistem awan untuk dimuat turun ketika mereka menukar peranti mereka atau berhasrat menyimpan apa-apa perbualan penting.- BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar