Jumat, 27 Desember 2013
Tawaran 6 3 Pakatan sedia pakej kemakmuran buat rakyat Pahang
(Oleh Amiruddin Ahmad)
KUALA LUMPUR 24 Dis: Pengumuman tawaran Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mewujudkan negeri berkebajikan di Pahang amat dialu-alukan.
Tawaran enam perkara itu bakal mengubah taraf hidup rakyat secara keseluruhan, berbanding sewaktu pemerintahan BN yang mengabaikan aspek sosio-ekonomi rakyat.
“Kerajaan BN sebenarnya boleh melaksanakan perkara itu jika ada iltizam meningkatkan taraf hidup rakyat. Tetapi mereka tidak mahu melakukannya.
“Bagi kita, enam janji itu sesuatu yang mampu dilaksanakan apabila kita memerintah kelak.
“Selama ini BN gagal berikan kediaman yang selesa kepada rakyat. Permohonan tanah pula terlalu lama sehingga pemohon meninggal dunia dan waris sukar meneruskannya. Pakatan akan merombak dasar tidak menguntungkan ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga yakin melalui sistem tender terbuka, hasil negeri akan bertambah sepertimana di Pulau Pinang dan Selangor.
Warta rizab orang Asal
Pewartaan tanah Rizab Orang Asal pula, menurut Bob, akan memberi lebih pembelaan kepada kaum itu yang teraniaya di bawah pemerintahan BN.
Tiga tawaran Pakatan peringkat pusat pula berkisar kepada pemberian tanah kepada generasi kedua dan ketiga Felda; 20 peratus royalti minyak kepada Pahang dan peruntukan khusus pembangunan prasarana kemudahan asas di kawasan pedalaman.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar