Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Februari 2014
Qi Razali Rancang Mahu Bertunang Dengan Nelydia

Walaupun sebelum ini Qi Razali ada memberitahu yang beliau sanggup untuk menunggu Nelydia Senrose untuk mencapai impiannya dalam dunia hiburan kerana usia yang masih muda namun ada perkembangan terbaru tentang hubungan mereka.
Bercakap kepada akhbar Kosmo! baru-baru ini, Qi Razali mendedahkan yang beliau merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan Nelydia pada tahun hadapan.
Pengacara program Jalan Jalan Cari Makan yang berusia 36 tahun ini mengambil keputusan itu atas faktor tidak mahu menunggu sehingga usianya mencecah 40 tahun untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.
“Kalau boleh saya tidak mahu berkahwin ketika umur saya memasuki 40 tahun. Dalam tempoh setahun dua ini akan ada langkah seterusnya dalam hubungan kami,” jelas Qi Razali.
Sementara Nelydia Senrose pula berkata Qi Razali belum meluahkan apa apa hasrat untuk merisik atau meminangnya dalam masa terdekat namun mengakui mahu melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan mereka berdua.
“Saya tidak boleh cakap sudah bersedia atau tidak. Saya serahkan pada keluarga sebabnya saya masih di bawah tanggungan keluarga. Segala kata putus daripada keluarga saya akan ikut,” ujar Nelydia Senrose mengulas hasrat Qi Razali. – Malaysian Digest
Selasa, 24 Desember 2013
Lahad Datu Pakatan mahu k’jaan segera adakan sidang khas Parlimen
(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 4 MAC: Pakatan Rakyat menuntut agar pimpinan kerajaan mengadakan segera satu sidang khas Parlimen berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang khas itu perlu bagi memberi penjelasan khusus kepada semua pemimpin negara berhubung insiden yang membimbangkan semua rakyat Malaysia ketika ini.
“Jangan jadikan isu ini sebagai medan tuduh-menuduh. Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan mengadakan sidang Parlimen khas dalam kadar segera bagi menjelaskan kepada semua dengan lanjut berhubung insiden di Sabah,” kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.
(Laporan menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Sabtu, 21 Desember 2013
Cabar ketua Wanita Umno Halimah mahu tunggu dan lihat
| Malaysiakini Ogos 17 2013 |
Bekas Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohd Sadique meneruskan tanda-tanya sama ada beliau akan menandingi jawatan tertinggi sayap itu apabila berkata: "Kita tunggu dan lihat, masa masih panjang."
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita apakah tuan punya badan mahu bertanding atau tidak, ketika ditemui pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Dewan Serba guna Taman Kota Jaya di Kota Tinggi semalam.
Ahli Parlimen Tenggara yang enggan memberi jawapan sahih itu, turut menegaskan yang penting sekarang ialah usaha memperkukuhkan parti bukan soal siapa bertanding.
"Kita perlu tentukan parti belajar daripada pilihan raya umum (PRU) yang lepas dan siap sedia untuk hadapi PRU14," katanya.
Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah antara yang disebut-sebut bakal mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meneraju Wanita Umno pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini.
Pendaftaran calon bagi kepimpinan sayap itu dijadualkan pada 21 September.
Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dilapor menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.
Mengulas lanjut, Halimah berkata beliau mengharapkan pemilihan parti kali ini akan dijadikan platform untuk menyatukan ahli Umno.

Langganan:
Postingan (Atom)