Tampilkan postingan dengan label ketua. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014
Kereta Ketua Pemuda BN disimbah cat merah
7/10/12
Kereta milik Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini disimbah cat merah dan cerminnya dipecahkan.
Cermin hadapan dan belakang keretanya pecah dipercayai akibat dihentak menggunakan objek berat.Ini mungkin tindakan dari individu yang tidak bertanggungjawab dan percaya ia dirancang oleh pihak tertentu.
Oh Tong Keong berkata “Saya tidak tahu apa punca sebenar mereka merosakkan kereta tetapi percaya ia ada kaitan dengan politik memandangkan kami (Pemuda) kerap membongkarkan isu terutama perumahan rakyat Taman Manggis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini.
Menurutnya, inisiden itu pertama kali berlaku sejak memegang jawatan Pemuda BN dan menganggar nilai kerugian kira-kira RM10,000.
Tong Keong bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
Sabtu, 21 Desember 2013
Cabar ketua Wanita Umno Halimah mahu tunggu dan lihat
| Malaysiakini Ogos 17 2013 |
Bekas Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohd Sadique meneruskan tanda-tanya sama ada beliau akan menandingi jawatan tertinggi sayap itu apabila berkata: "Kita tunggu dan lihat, masa masih panjang."
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita apakah tuan punya badan mahu bertanding atau tidak, ketika ditemui pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Dewan Serba guna Taman Kota Jaya di Kota Tinggi semalam.
Ahli Parlimen Tenggara yang enggan memberi jawapan sahih itu, turut menegaskan yang penting sekarang ialah usaha memperkukuhkan parti bukan soal siapa bertanding.
"Kita perlu tentukan parti belajar daripada pilihan raya umum (PRU) yang lepas dan siap sedia untuk hadapi PRU14," katanya.
Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah antara yang disebut-sebut bakal mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meneraju Wanita Umno pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini.
Pendaftaran calon bagi kepimpinan sayap itu dijadualkan pada 21 September.
Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dilapor menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.
Mengulas lanjut, Halimah berkata beliau mengharapkan pemilihan parti kali ini akan dijadikan platform untuk menyatukan ahli Umno.

Langganan:
Postingan (Atom)