Kamis, 19 Desember 2013

Ibu Jadi Inspirasi Ning Jual ‘Perfume’


Setelah mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburinya, Ning Baizura nyata tidak pernah sesekali melupakan jasa ibunya.

Kini, setelah mempunyai jenama minyak wangi sendiri, Ning mengatakan inspirasi untuk melahirkan haruman itu datangnya daripada ibunya sendiri, Satilah Abdullah.

“Memang haruman ini saya tujukan kepada semua wanita terutama wanita yang bekerjaya, bergelar ibu dan juga semua wanita di luar sana.

“Tapi secara peribadinya, inspirasi bagi melahirkan haruman ini adalah daripada ibu saya sendiri. Saya tujukan khas haruman ini bukan sahaja sebagai hadiah kepada peminat tetapi terutama sekali buat ibu saya,” katanya kepada portal Murai.

Haruman menggunakan nama NING itu boleh didapati dalam kuantiti 100 ml yang dijual pada harga RM159 sebotol.

Projek wangian NING telah diusahakan oleh penyanyi bersuara soprano itu sejak dua tahun lalu turut mendapat kerjasama daripada suami tercinta, Omar Dalton yang sama-sama berganding bahu menjayakan projek tersebut.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar