Sabtu, 08 Maret 2014
Singapore Airlines Dengan Kabin Pesawat Baru
SYARIKAT Singapore Airlines (SIA) memperlihatkan perubahan hiasan terbaharu kabin pesawat mereka setelah terpaksa bersaing dengan syarikat penerbangan premium dan tambang murah.
Produk baru yang ditawarkan dalam kabin pesawar SIA ialah kerusi baru dan juga sistem hiburan dalam penerbangan dari KrisWorld generasi baharu.
Kerusi bagi penumpang kelas pertama dan kelas bisnes SIA akan menikmati kerusi lebih panjang dan katil lebih lebar sementara penumpang kelas ekonomi diberikan ruang kaki dan peribadi yang lebih luas.
Kerusi di semua kelas penerbangan juga sudah diubah rekaannya untuk menambah ruang dan keselesaan.
Di kelas ekonomi, rekaan yang lebih ergonomikal memberikan lebih ruang meletak kaki dengan tempat rehat kepala diberikan lebih banyak ruang bergerak sesuai dengan kehendak penumpang.
Di kelas bisnes pula, terdapat dua postur duduk baharu para penumpang dikenali dengan nama “Lazy Z” dan juga “Sundeck” yang lebih memberikan ruang seperti berehat.
Manakala di kelas pertama katil untuk berbaring dipanjangkan dari 80 kepada 82 inci.
LCD peribadi dengan skrin sesentuh juga diperbesarkan dan ia boleh didapati di semua kelas penerbangan.
Pelanggan yang terbang pada penerbangan terpilih antara Singapura dan London akan menjadi mereka yang pertama merasai pengalaman kabin baru SIA bermula September depan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar