Rabu, 12 Maret 2014
Bila Zulkarnain Membina Tembok Menghalangi Yajuj dan Majuj
Assalamualaikum w.b.t
Kisah Zulkarnain ini telah di rakamkan di dalam al-Quran iaitu di akhir-akhir surah Kahfi. *boleh di rujuk bermula ayat 84 hingga 98*
Namun, saya hanya nak kongsikan sebahagian daripada cerita penuh tentang Zulkarnain.
sekadar ilustrasi |
***
- Dikatakan saat tibanya Zulkarnain di suatu tempat, segolongan penduduk yang berada di situ telah meminta pertolongan Zulkarnain untuk menguruskan kekecohan yang di buat oleh Yajuj dan Majuj.
- Yajuj dan Majuj yang dimaksudkan adalah makhluk perosak yang ketika itu kerjanya memusnahkan tempat dan membinasakan keturunan penduduk di situ.
- Mereka sungguh-sungguh inginkan bantuan Zulkarnainawaran, malah mereka berjanji untuk memberi upah.
- Zulkarnain menolak tawaran. Katanya ilmu dan kekuasaan yang ada padanya lebih mahal berbanding tawaran yang ingin diberikan itu. Lantas, Zulkarnain hanya mencadangkan supaya penduduk tersebut turut menyertai dalam menghalangi/ membentengi kedua makhluk igauan ramai itu.
- Dengan ilham yang di berikan Allah, Zulkarnain telah meminta penduduk tersebut menyediakan dan memenuhkan kepingan-kepingan besi untuk di timbunkan di kawasan antara dua bukit. *tempat Yajuj dan Majuj berada ketika itu*
- Kemudian telah meminta agar besi-besi itu di tiupkan api padanya. Sehingga ia menjadi kemerahan menyala seperti api.
- Sejurus itu, Zulkarnain meminta pula di berikan tembaga yang mendidih untuk di tuangkan ke atas besi yang sedang panas itu.
- Dengan izin Allah, Yajuj dan Majuj akhirnya terperangkap dan tidak dapat keluar dari yang penghadang/tembok yang di bina.
Kemudian, berkatalah Zulkarnain setelah tembok itu terbina:
- "Segalanya ini adalah rahmat dari Tuhanku. Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku (Kiamat) kelak, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur (maka keluarlah Yajuj dan Majuj). Dan janji Tuhanku itu adalah benar"
***
Rasanya tak perlulah kita selidik terlalu mendalam *mempersoalkan* tentang bagaimana acuan Zulkarnain mampu membina tembok/penghadang.
Akal kita tak akan dapat menjangkaui kekuasaan Pencipta Maha Hebat yang mengizinkan hal itu berlaku..
Cuma dari ayat ni, jelasnya memberitahu makhluk yang akan menghuru harakan keadaan di hari kiamat ini telah wujud lama. Ia cuma terperangkap buat sementara waktu, sebelum Allah akan mengizinkan mereka keluar bila tiba hari yang hanya Dia tetapkan.
Bukan saya tak pernah tau tentang kewujudan makhluk ini.
- Cuma perasaannya sangat lain bila dapat tahu dari mulut orang kebanyakan, berbanding ilmu yang kita tau itu sebenarnya termaktub dalam Quran.
- Itulah yang akan buat kita jadi lebih yakin dengan cerita-cerita yang kita dengar sebelum ini.
Semoga cerita ni jadi ilmu baru buat yang mungkin tak pernah tau.
Dan menjadi peringatan bagi yang telah tau.
:)
Wassalam
Label:
bila,
dan,
majuj,
membina,
menghalangi,
tembok,
yajuj,
zulkarnain
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar