Rabu, 01 Januari 2014
Menteri kecewa SPR tak benar siaran langsung
|
Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau "sedih tapi menghormati" keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang berpendapat penjumlahan undi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut tidak perlu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bagaimanapun, katanya, RTM akan tetap melaporkan keputusan terkini di pusat pengundian untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat terkini dan sah, katanya.
"Saya sudah berbincang, saya sudah menyatakan pendirian saya. Rakyat perlu diberikan kesempatan untuk proses (penjumlahan) undi dibuat secara langsung kerana masih ramai yang tidak faham.
"Tetapi SPR mempunyai pertimbangannya yang tersendiri. Oleh kerana mereka badan bebas, saya tidak boleh mengarahkan. SPR ada pertimbangan sendiri yang perlu saya hormati," katanya kepada pemberita hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 5 Julai lalu berkata keputusan itu dibuat kerana ejen pilihan raya daripada parti bertanding akan berada di dalam ruang pengiraan undi semasa proses penjumlahan tersebut.
SPR juga kali ini dilaporkan akan merakam pengurusan perjalanan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut untuk dijadikan model rujukan pada masa depan, bermula dari proses penamaan calon sehinggalah ke tempoh berkempen, penjumlahan undi dan pengisytiharaan keputusan.
Sementara itu, mengulas permintaan Husam yang menuntut supaya calon PAS diberi liputan oleh stesen RTM, Ahmad Shabery berkata beliau tidak ada masalah dengan tuntutan itu, tetapi menyerahkan kepada RTM untuk membuat pertimbangan.
"Pertimbangan itu adalah pertimbangan profesional bukan pertimbangan menteri. Pertimbangan profesional berdasarkan kepada nilai berita.
"RTM pun telah menyiarkan perbahasan di parlimen secara langsung. Pada kita, kalau ada nilai berita, ia perlu ditunjukkan... siarkan tidak ada masalah, katanya.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar