Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014

Perogol bersiri dipenjara 115 tahun 50 sebatan


RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.

Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara bagi tuduhan liwat.

Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 14 November tahun lalu.

Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.

Menurut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin dituduh merogol remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010 dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara pukul 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, 29 April 2011.

Dia turut dituduh atas dua lagi tuduhan merogol dan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Tertuduh dalam rayuannya memohon kemaafan dunia dan akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta meminta hukuman diringankan.

Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir bagaimanapun membantah rayuan tertuduh.

Hakim Murtazadi Amran semasa hujah penghakimannya berkata, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa-mangsa yang masih di bawah umur semasa kejadian.

Tertuduh juga menghadapi satu tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.(kosmo)
Selengkapnya...

Selasa, 04 Februari 2014

Motorsikal luarbiasa buatan India tahun 1906

Ciptaan canggih dizaman dahulu

Motorsikal keluaran 1906 buatan India ini yang dinamakan "Indian Camelback motorcycle",yang telah berusia 115 tahun.Dengan nilaian sekarang $75,000 sebuah.Ia merupakan motorsikal dua roda terawal dengan kedudukan enjin diatas tempat duduk belakang.Kali terakhir Ia telah digunakan hampir 40 tahun yang lalu.


Mempunyai kekuatan enjin hanya 2,25 HP dengan reka bentuk silinder tunggal, dan kelajuan tertinggi 48,2 km / ms (30 m / ms),motorsikal ini juga terkenal "punggung unta".Setelah 40 tahun hanya satu unit yang masih tertinggal dan kini mulai menjadi perhatin pengemar-pengemar barang -barang antik.
Source Link
Lambang kemegahan dizamannya

Boleh kayuh dan boleh pakai enjin

Head Block (Bahagian enjin)

Kulit asli bukan kulit orang

Dari sisi

Dari hadapan

Boleh kayuh kalau minyak habis

Tangki minyak

Bahagian ekzos
JOM KITA TENGOK VIDEO DIA PULAK!
Selengkapnya...

Rabu, 01 Januari 2014

Kunci Kaabah 1 200 tahun dilelong RM57 juta




KUNCI Kaabah berusia 1,200 tahun berjaya dijual pada harga RM57 juta di London semalam.




LONDON - Satu kunci pintu Kaabah berusia 12 abad semalam berjaya dilelong pada harga £9.2 juta (RM57.24 juta) sekali gus mencatatkan rekod sebagai hasil seni Islam paling mahal pernah dijual.
Kunci tersebut diperbuat daripada besi demgan ukuran 37 sentimeter panjang dilelong di sebuah rumah lelongan di London, Britain.
Harga kunci itu adalah 18 kali lebih tinggi daripada harga yang jangkaan awal dan dibeli oleh seorang pembida yang enggan dikenali.
Kunci kepada tempat paling suci kepada umat Islam itu merupakan salah satu yang masih berada dalam simpanan peribadi.
Kunci itu juga mempunyai ukiran yang tertulis: "Kunci ini diperbuat untuk rumah suci Tuhan ketika era pemerintah kami Imam anak kepada Imam al-Muqtadi Abu Jafar al-Mustansir Abul-Abbas 573".
Lelongan kunci itu merupakan kemuncak kepada satu lelongan untuk hasil seni Islam yang berjaya mencapai jualan berjumlah £21.5 juta (RM133.77 juta) melebihi jangkaan awal jualan £13.1 juta (RM81.51 juta). - Reuters
Selengkapnya...

Senin, 25 November 2013

Inilah Ratu Kecantikan Tertua di Dunia Berusia 100 Tahun

Ratu kecantikan umumnya wanita muda berwajah cantik dan bentuk tubuh aduhai. Tetapi, Felma Schrimshire mengenakan tiara kemenangan sebagai ratu kecantikan di usianya yang ke-100.

Felma yang menjadi perawat selama perang dunia II, mengantongi predikat nomor satu dalam lomba kecantikan di sebuah rumah jompo Alabama.

Selama kontes, Felma menggunakan nama panggung Ms Andalusia Manor. Dia berhasil mengalahkan sembilan orang finalis lainnya. "Ini sesuatu yang menyenangkan," ucap Schrimshire kepada situs oanow.com.

"Semua orang berdandan cantik, manis serta saling memuji. Ini sesuatu yang sangat hebat. Saya tidak tahu cara lain untuk mengungkapkannya," ungkapnya. Wanita yang murah senyum ini lantas mengisahkan sebagian perjalanan hidupnya. Selama perang, Schrimshire bertugas membantu dokter bedah. "Saya mendaftar ke Angkatan Darat seorang diri karena suami saya tak bisa dengan alasan kesehatan. Tidak banyak perempuan di militer saat itu. Saya berhenti satu tahun berikutnya," ucapnya mengenang kisah masa lalunya.

Setelah kematian sang suami, Schrimshire pindah ke Alabama, tepatnya di Andalusia Manor. Di tempat saudara perempuannya inilah Schrimshire menghabiskan waktu mempelajari Alkitab.

Menurut Yohanes Matson dari rumah jompo Alabama, keramahan dan kehangatan Schrimshire membuatnya menjadi juara. "Dia benar-benar melambai kepada penonton dan memberi hormat di ketiga bagian penonton. Penampilannya juga sangat hidup di atas panggung," katanya mengenai penampilan Schrimshire.

"Saya pikir, semua orang termasuk juri memiliki penilaian yang tepat," ucapnya.

Selengkapnya...