Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

13 dipenjara kes demo haram

Sebahagian tertuduh diiringi anggota polis selepas perbicaraan selesai.

KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, semalam, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 setiap seorang kepada 13 individu yang didakwa menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, di sini semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009.

Hakim, Norsalha Datuk Hamzah dalam penghakiman lisannya berkata, semua tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan dan sekiranya gagal membayar denda dikenakan, tambahan hukuman penjara selama lima bulan bakal dikenakan ke atas mereka.

Menurutnya, hukuman bermula pada tarikh jatuh hukum manakala mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman tersebut.

Dalam keputusannya, Norsalha menegaskan, hukuman dibuat setelah mengambil kira aspek kepentingan dan ketenteraman awam serta kepentingan institusi Diraja.

Katanya, mahkamah mendapati perkara itu serius dan hukuman dijatuhkan akan menjadi pengajaran dan memberi mesej kepada bakal pesalah yang mungkin akan melakukan perkara sama pada masa akan datang.

Semua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di bawah perkara XV1(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud manakala pihak pembelaan diketuai Augustine Anthony.

Pihak pembelaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, sebaik saja keputusan dibacakan hakim, terdapat ahli keluarga tertuduh tidak dapat menahan kesedihan dan menangis di dalam mahkamah sehingga terpaksa ditenangkan rakan.

Isteri seorang daripada tertuduh, Nashita Md Nor, 47, berkata, dia tidak menyangka mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada semua individu terbabit.

“Keputusan ini memang agak berat untuk diterima dan sampai sekarang saya masih tidak boleh menerima kenyataan ini. Tak tahulah apa akan jadi pada saya dan keluarga selepas ini.

“Saya tak dapat bayangkan perjalanan saya selepas ini tapi saya yakin saya mampu tempuhinya. Saya percaya saya seorang wanita yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut berada di situ ketika ditemui terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar itu.

Koo Ham berkata, berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun sebagai peguam, keputusan tersebut disifatkannya ‘luar biasa’.

“Saya difahamkan pihak peguam bela akan pergi ke Mahkamah Tinggi untuk memfailkan rayuan berkaitan kes ini.

“Saya harap mahkamah mengkaji keputusan tidak membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikenakan," katanya.
Selengkapnya...

Minggu, 02 Februari 2014

Lagi Kes Tembakan di Bank

Lagi Kes Tembakan di Bank | Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan seketika di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown di sini apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapangnya, pada hari Rabu.
Lagi Kes Tembakan di Bank

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau menambah pengawal telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api. Tembakan pump gun itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menolak rayuan syarikat kawalan keselamatan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lalu agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah pun menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.


sumber:
Selengkapnya...