Tampilkan postingan dengan label bogel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bogel. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Bogel di luar rumah selebriti

myMetro
CUBA LARI...lelaki bogel yang tidak dikenali  melompat ke dalam semak ketika polis menghampirinya.
CUBA LARI...lelaki bogel yang tidak dikenali melompat ke dalam semak ketika polis menghampirinya.
HOLLYWOOD: Seorang lelaki bogel ditangkap di jalan raya oleh polis selepas didakwa menjerit bahawa dia khayal kerana mengambil dadah, berhampiran kediaman selebriti terkenal Hollywood, semalam.
Polis dipanggil ke kawasan berhampiran rumah Orlando Bloom dan isteri, Miranda Kerr dan mendapati lelaki itu tersembam di jalan raya.
sebelum   selepas
  • FotoBLOOM dan isteri, Miranda.
  • FotoDITANGKAP...polis menggari lelaki berkenaan.
Dia kemudian melompat ke dalam semak apabila polis menghampirinya.

Polis menyarungkan sarung tangan hitam sebelum menariknya keluar dan menangkapnya.



Lelaki itu yang identitinya belum diketahui, digari dengan tangannya di belakang sebelum dibawa oleh kereta peronda itu.


Kejadian di Hollywood Hills itu juga berhampiran dengan kediaman selebriti terkenal seperti Jason Statham, Charlize Theron, Laura Dern dan Will Ferrell.

Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa yang menelefon polis atau jenis kesalahan yang menyebabkan lelaki itu ditangkap. - DM
Selengkapnya...

Sabtu, 21 Desember 2013

Daniel Radcliffe Selesa Berlakon Bogel


Pelakon watak siri Harry Potter, Daniel Radcliffe menyatakan dia berasa selesa ketika melakonkan adegan yang menuntutnya untuk berbogel.

Dia membuat pendedahan sebegitu ketika menjadi tetamu rancangan bual bicara Ellen DeGeneres Show, baru-baru ini.

Sebelum ini, Radcliffe pernah berbogel dalam pementasan teater berjudul Equus sehingga menimbulkan kemarahan segelintir ibu bapa kepada peminat yang mula meminati sejak dari zaman Harry Potter lagi.

“Saya selesa dengan adegan sebegitu. Saya pernah berbual dengan seorang lagi rakan pelakon wanita yang selalu melakukan babak sebegitu dan kami gelarkan diri kami sebagai exhibitionists,” katanya.

Oleh: AUDREY LEE
Selengkapnya...