Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan
Kamis, 10 April 2014
Apabila Pistol Ditembak Dalam Air

Kelajuan peluru bak kelajuan kereta ferrari, tapi peluru laju lagi, kelajuan peluru bak cahaya , tapi cahaya laju lagi. Tapi apa-apa pun peluru yang ditembak memang laju hingga boleh menebus segala macam benda.
Tapi korang pernah tengok atau lihat pergerakan peluru di dalam air. Maksud admin pistol yang ditembak dalam air. Memang agak menarik bila tengok pistol yang ditembak dalam air, kita boleh melihat kelajuan peluru tersebut. Memang tidak dapat dinafikan kelajuan peluru di dalam air agak rendah berbanding di udara. Ini disebabkan medium yang berbeza.
Saksikan:-

Jumat, 20 Desember 2013
Air Kolam Terkenal di UK Diwarnakan Hitam
Sebelum ini ia dikenali sebagai Lagoon Biru England dengan warna airnya yang cantik biru dan tenang pastinya menarik minat ramai untuk berenang didalamnya.
Terletak berdekatan dengan daerah Buxton di United Kingdom, ia adalah sebenarnya kolam buatan akibat bekas kawasan kuari dan kandungan bahan kimia didalamnya lebih toksik daripada cecair peluntur pakaian.
Bagaimanapun, orang ramai tidak terganggu dengan kandungan bahan kimia sebaliknya lebih tertarik dengan warna airnya yang biru dan tenang itu. Mereka datang dari seluruh England hanya untuk bermandi-manda di dalam kolam itu.
Sebagai menghalang orang ramai dari terus mandi, pihak berkuasa meletakkan pewarna hitam ke kolem itu.
Dikatakan bukan sahaja kolam bekas kuari ini dipenuhi sampah sarap, tetapi ia juga dipenuhi dengan bangkai binatang dan juga najis manusia dengan kandungan pH ialah 11.3 hampir sama dengan kandungan pH ammonia (11.5pH) dan cecair peluntur (12.6 pH).
Kawasan tepian kolam sudah pun diletakkan papan tanda menjelaskan bahaya kandungan air kolam ini yang mungkin menyebabkan sakit mata, kulit, sakit perut dan juga mendapat jangkitan kulat jika mereka mandi didalamnya.
Bagaimanapun, dek kerana warnanya yang menarik orang ramai tidak mengendahkan langsung amaran yang diletakkan. Warna biru kolam yang cantik sebenarnya hasil dari batu kapur di sepanjang tepiannya.
Ia mengeluarkan sejenis cecair kristal kedalam air yang menyebabkan airnya bertukar warna menjadi biru sebegitu rupa.
Langkah mewarnakan air kolam itu diambil bulan lepas dan ia berhasil menghindarkan orang ramai dari mandi di situ. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ia akan kekal berwarna hitam atau ia akan kembali bertukar kepada warna biru. – mynewshub.my
OLEH : IBNU K
Langganan:
Postingan (Atom)